1.
|
Mudik ke hulu dengan kolek
Kolek buatan orang muara
Baik kelakuan berperangai molek
Jadi sebutan umat manusia
|
2.
|
Hanya jauhari kenal manikam
Batu manikam bersinar terang
Jikalau hati kesumat dendam
Jiwa tak tenteram berwajah walang
|
3.
|
Kalau ingin mengukur meja,
Guna sesiku bergaris dua;
Kalau langit berarak mega
Tanda waktu Maghrib nak tiba.
|
4.
|
Pakai terendak buatan tangan,
Untuk berlindung panasnya suria;
Sayangkan anak tangan-tangankan,
Sayangkan ibu lekaslah berdoa
|
5.
|
Asam kandis dalam tempayan
Kulit lokan jatuh di halaman
Wajah yang manis nampak rupawan
Maniskan lagi dengan senyuman
|
6.
|
Kukur kelapa buatan tangan,
Ditempa dari besi yang waja;
Syukur dan pasrah ke hadrat Tuhan,
Mencantikkan wajah mengelokkan jiwa.
|
7.
|
Kuda-kuda kayu meranti,
Dipahat dengan kayu tualang;
Berasa-rasa gagah di hati,
Mahu menjadi anak cemerlang
|
8.
|
Jika mahu melicinkan papan,
Guna keketam bermata tajam;
Apa guna berwajah tampan,
Jika hati bertitik hitam
|
9.
|
Terdengar ngauman anak singa,
Cepat-cepat pulang ke rumah;
Jangan memancing dalam belanga
Perlakuan khianat sifat mazmumah
|
10.
|
Lauk santapan sayur berduri,
Kala memetik berhati-hati;
Sauk air mandikan diri,*
Tidak mengharap belas simpati
|
11.
|
Jika mahu menanam padi,
Kuku kambing alatan utama;
Jangan lokek menabur budi,
Budi baik mengelokkan nama.
|
12.
|
Tok Batin membawa sumpit,
Memegang damak sambil ketawa;
Jika hidup terasa sempit,
Segera berdoa lapangkan jiwa.
|
13.
|
Segar sekali air telaga,
Dingin dan jernih segarkan diri;
Teguklah air hilangkan dahaga,
Tuanglah dari sebuah kendi.
|
14.
|
Para pahlawan ke medan juang,
Menggalas busur menjulang panji;
Pilihlah kawan berjiwa cemerlang,
Agar menyusul minda bestari.
|
15.
|
Petani gembira membajak tanah,
Tenggala besar ditarik kerbau;
Murah senyuman bersikap ramah,
Penawar terbaik hati nan galau.
|
16.
|
Pinang mana mahu dikacip,
Pinang lemak pohonnya tinggi;
Hati siapa berasa sakit,
Ampun maaf saya pohoni.
|
17.
|
Mari melancong ke negeri Melaka,
Bersiar-siar dengan pedati;
Pertahan sungguh negeri merdeka,
Sanggup berjuang hingga ke mati
|
18.
|
Simpan pekasam dalam guri,
Tempayan menadah air sembahyang;
Selagi tak hilang langit dan bumi,
Iman saya tidaklah goyang.
|
19.
|
Ayam jantan bermata rabun,
Tajinya patah cuba berlari;
Cantiknya baldu bunga setimbun,
Tidakkan tahan pakai sehari.
|
20.
|
Sepagi-pagi berasa sayu,
Manis serbat pengubat pedas;
Segak sekali pahlawan Melayu,
Keris bersisip capal beralas.
|
21.
|
Menjebak burung di pohon selasih,
Beberapa batas rumpunan temu;
Pandai-pandailah berterima kasih,
Kepada guru yang memberi ilmu.
|
22.
|
Datuk menteri jamah eepok,
Sagun rumbia dimakan sama;
Ilmu dipelajari tidakkan lapuk,
Sejuta tahun tetap berguna.
|
23.
|
Jika mahu membeli tas,
Pilihlah dari kulit buaya;
Jika mahu kekal di atas,
Jangan lupa orang bawahnya.
|
24.
|
Bersantap cekodok di waktu pagi,
Sambil minum kopi panas;
Daripada duduk di kedai kopi,
baik menanam kunyit lengkuas.
|
25.
|
Cenderamata dari Acheh,
Dibeli dari Desa Sentosa;
Mari kita bertambat kasih,
Cubit yang kiri kananpun terasa.
|
26
|
Beratur ke musala memakai cakiah,
Sambil berjalan tasbih di tangan;
Suburkan harta dengan sedekah,
Tanda bersyukur kepada Tuhan.
|
27.
|
Kalau kebun banyak tupai,
Ambil senapang petik picunya;
Kalau berasa kurang pandai,
Carilah guru tuntut ilmunya
|
28.
|
Keris Semenanjung berhulu gading,
Gading gajah dari Sumatera;
Menuntut ilmu sangatlah penting,
Untuk sempurna akhirat dan dunia.
|
29.
|
Jangan berebut cangkir di taman,
Nanti taman bertaburan kaca;
Jangan kedekut mengukir senyuman,
Satu senyuman mengubat derita
|
30.
|
Membuai dondangan di bawah pohon,
Endoi diikat tali sutera;
Dalam hati sentiasa memohon,
Ampun dan rahmat dari yang Esa.
|
31.
|
Kera lotong juga siamang,
Makan pisang habis bergelimpang;
Jangan laksana si umang-umang,
Di mana sarang udang di situ menumpang
|
32.
|
Hari raya sudah menjelma,
Hampar ambal sambut tetamu;
Sayang diberi kasih diterima,
Bersungguh rasa bukannya semu
|
33.
|
Kuih ketayap berwarna hijau,
Dihidang dengan sekole susu;
Ubat mustajab hati yang galau,
Zikir dan tawakal sudahlah tentu.
|
34.
|
Pukul tabuh pukul rebana,
Raja berdaulah di singgahsana;
Apabila subuh muncul waktunya,
Rukuk dan sujudlah kepada yang Esa.
|
35.
|
Sedulang rebung saya kunyiti,
Menjerang air bersama pari;
Sembilan gunung saya tangisi,
Mengenang dosa setiap hari.
|
36.
|
Cuaca panas rasa dahaga,
Minum sekole nira kelapa;
Sanggup serahkan jiwa dan raga,
Demi negara tidak mengapa.
|
37.
|
Algojo bertubuh sasa,
Pada tangannya memegang cemeti;
Jangan sesekali berbuat dosa,
Kalau tidak betah panasnya api.
|
38.
|
Cantik sungguh tiara puteri,
Bertatah emas intan permata;
Cantik sungguh bahasaku ini,
Molek didengar indah dikata.
|
39.
|
Sibuk sungguh orang kampung,
Berlapik tungku menanak nasi;
Jangan membuka dada berpekung,
Simpan aibmu usah mencaci.
|
40.
|
Kacak sungguh anak teruna,
Berjubah hitam ketayap putih;
Jangan bertangguh urusan agama,
Sebelum berselimut kapan yang putih.
|
41.
|
Cantik sugguh roman adinda,
Beralis hitam bundarnya mata;
Apabila berbisik berjaga-jaga,
Jangan tersilap bertutur kata.
|
42.
|
Gantung kelambu tepi beranda,
Pintu beranda tidak berkunci;
Biar beribu datang menjelma,
Saya memilih yang baik budi.
|
43.
|
Anak pungguk terbang di sawah,
Sangkar dibina di tepi jalan;
Enak sungguh bersantap di rumah,
Air tangan ibu pemasak handalan
|
44.
|
Mata sepek dicakar beruang,
Jatuh pula di dalam kubang;
Dalam kopek ada wang,
Untuk membayar hutang piutang
|
45.
|
Peram pulut buat tapai,
Letak dengan daun pandan;
Memang hajat sudah tercapai,
Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan
|
46.
|
Celapa digilap hingga berkilat,
Nampak bersinar tengah serambi,
Adat dipegang syariat diangkat;
Pegangan hidup orang berbudi.
|
47.
|
Bersantap pagi di medan selera,
Pramusaji ramah melayan;
Hati gembira tidak terkira,
Mencapai cita-cita dan juga impian.
|
48.
|
Cenderadurja dibalut rapi,
Isinya sehelai kain kembayat;
Sunguh teruja rasa di hati,
Tuhfat dikenang sepanjang hayat
|
50.
|
Datuk bersandar tepi beranda,
Opah pula menggobek pinang;
Untuk bergelar sebagai juara,
Usaha bersungguh malam dan siang.
|
51.
|
Berhati-hati meredah paya,
Pakai sepatu elakkan duri;
Berhati mulia setiap masa,
Budi pekerti pakaian diri.
|
52.
|
Jika hendak menanam ubi, Tanam kemili di pinggir bukit; Jika sudah membuat budi, Jangan disebut diungkit-ungkit.
|
53.
|
Orang berbudi kita berbahasa, asal diri jangan di alpa; Berjuang bakti pada negara; Jangan dilupa ibu dan bapa
|
54.
|
Kura-kura dalam perahu, Anak sepat dalam belat; Cura-cura perangai tak malu, Hati kelam fikiran bejat.
|
55.
|
bawal dimakan kura-kura lalu di sapa oleh si penyu kawallah akan si cura-cura kawal dengan menunduk nafsu
|
56.
|
Dalam bicara harus bercura Agar terasa ramahnya tamu Kalau berkata si cura-cura Pandai-pandailah menyelit ilmu
|
57.
|
Buka peti di bawah alang, buah catur sebutir hilang; Jika hati berhiba walang, carilah libur beroleh girang
|
58.
|
Daun salang enak rasanya, Disambal dengan daun pegaga; Hati walang ada penawarnya, Seuntai tasbih penyeri jiwa.
|
58.
|
Bunga melati kembang setangkai, Harum baunya tidak terperi; Biarlah buruk kain dipakai, Asalkan molek laku pekerti.
|
59.
|
Sundal malam putih melepak,
Baunya harum sampai ke pagi;
Jangan diikut perangai merak,
Mengembang ekor memuji diri.
|
60.
|
Mayang kepala belum kembang,
Ambil buluh menadah nira;
Andai usiamu semakin panjang,
Elakkan berbuat noda dan dosa.
|
61.
|
Toseh capati paratha dan dalca,
Santapan pagi mengalas tenaga;
Andai dirimu bermuram durja,
Rakan dicari penghibur lara.
|
62.
|
Si jalak mencari limbat,
Limbat disimpan dalam bakul;
Jangan berlengah meminta taubat,
Takut Izrail datang menyapa.
|
63.
|
Pohon inai bertunas baru,
Ambil pucuk digiling-giling;
Teruna kacak baiklah laku,
Dara yang lalu menjeling-jeling.
|
64.
|
Hari minggu pergi mengaji,
Mengaji balaghah dan juga nahu;
Jika ingin puji memuji,
Pujilah dengan nama Tuhanmu.
|
65.
|
Usah bermain di tengah hari,
Takut pitam di tepi padang;
Elok menyesal kesalahan diri,
Tanda dirimu berjiwa lapang.
|
66.
|
Ambil mangga kunci jendela,
Bimbang penyamun melompat masuk;
Sambil membaca bertasbih sama,
Jalan yang elok mencari khusyuk.
|
67.
|
Jika mahu ke pasar malam,
Kuatkan selak dengan tala;
Semoga dirimu jadi tenteram,
Agar selamat harta dan benda.
|
68.
|
Gepuh-gepuh pengancing selak,
Biar tenang waktu beradu;
Gapah gopoh sikap tak enak
Kusut-masai tidak menentu.
|
69.
|
Belantara luas jalan ke penghujung; Carilah akar tempat berpaut; Antara rumput ataupun gunung, Aku memilih serumpun rumput.
|
70.
|
Hampas tebu jangan dibuang, Bileh dibuat penggosok gigi; Malas dan jemu perangai terlarang, Amalan buruk orang merugi.
|
71.
|
Jeruk cili tidaklah pedas,
Pedasnya habis dimakan cuka;
Kemaruk di hati akan berbekas,
Jika tak kenal dosa pahala.
|
72.
|
Perbara tanah berbentuk bulat,
Tempat membakar kemenyan setanggi;
Sapalah dengan ucap selamat,
Romanmu cantik sopanmu tinggi.
|
73.
|
Pengantin segak berbaju melayu,
Singgah masjid bersolat zuhur;
Molek bergaya berwajah ayu,
Itulah gadis berbudi luhur.
|
74.
|
Hutan nanas jangan diredah,
Banyak duri menusuk lengan;
Hati panas jangan diendah,
Nanti diri hilang pedoman.
|
75.
|
Kuaci bunga si matahari,
Kulit hitam isinya perang;
Benci pada si tinggi diri,
Ke sana ke mari merendahkan orang.
|
76.
|
Pena biru berdakwat basah,
Untuk menanda kertas periksa;
Bersama guru minda diasah,
Untuk bergelar budiman perkasa.
|
77.
|
Malam indah dengan purnama,
Jadi panduan belalang di taman;
Molek perangai indahkan nama,
Jadi sebutan zaman berzaman.
|
78.
|
Anak haruan mudik berenam,
Anak sepat masuk belat;
Sama mencecah hati kuman,
Cari sepakat bina muafakat.
|
79.
|
Basuh pelana jangan tergores
Besi mangga bawah kereta
Ayuh membina rasa altruis
Berkongsi bahagia berkongsi derita
|
80.
|
Mendaki hulu sampai puncaknya
Senyap selepas di balik punggur
Nabi terdahulu lanjak umurnya
Setiap nafas dipenuhi syukur
|
81.
|
Seroja bunga berkembang
Dalam kolam hidup subur
Menyusun kata jangan temberang
Nama membusuk ke lubang kubur
|
82.
|
Bunga kenanga berwarna kuning
Tinggi pohonnya di tengah hutan
Menyusun doa waktu yang bening
Menunduk nafsu jiwa dihambakan
|
83. | Sebelum kaki naik kerumah,
Ceboklah dulu air segayung;
Senyum itu tanda peramah;
Lambang pekerti diri yang agung.
| 84. | Rumah limas perabung lima,
Dihias dengan ukiran jati;
Resah dan cemas tidak terkira;
Kala mengenang kosongnya hati.
|
85. | Ayam selasih baru bertaji,
Beras melukut dicakar-cakar;
Terima kasih daun keladi;
Suluhan ilmu terus memancar.
| 86. | Kudup bunga tepian tanjung,
Tanjung berpasak kayu nan teras;
Hidup jangan angkuh dan sombong;
Berasing dengan antah dan beras.
|
87. | Duduk bersila mendengar gendang,
Sambil meniup serunai tembaga;
Biduk berlalu pada kiambang,
Tidak kan lama bertaut semula.
| 88. | Celana ketat jangan dipakai,
Nanti susah untuk melompat;
Akal singkat berlagak pandai,
Pabila ditanya apapun tak dapat.
|
89. | Rantai emas berkilau cahaya,
Doipadan dengan loket berlian;
Hidup di dunia hanya sementara,
Akhirat jua tempat tujuan.
| 90. | Sungguh sopan si anak gadis,
Duduk bertelut sambil bercanda;
Duduk bertimpuh dipandang manis,
Amalan lama jangan dilupa. |
91. | Ramai tetamu datang kenduri,
Duduk bersila atas bebalai;
Jangan amalkan dengki dan iri,
Iri dan dengki buruk perangai.
Raga baldu berisi manggis,
Manggis putih berkulit merah;
Gaza menangis bukan bersedih,
Menangis gembira dilambai jannah.
Kuah soto sudah basi,
Boleh menjebak si rama-rama
PBB Nato juga OIC
Nama berbeza jahatnya sama.
Kemeja adinda belum berjahit, Kemeja kekanda terlalu sempit; Remaja Gaza berdarah syahid, Remaja kita berdarah merempit.
Kelapa muda gugur di lata, Kelapa tua berlonggok di raga; Sejak kecil bermain senjata, Anak Gaza rindukan syurga.
Kuarza ditapis dengan cuka, Cahaya bersilau nampak persona; Gaza menangis bukan berduka, Tapi menangis melihat syurga. Jangan mengungkit tika berbudi, Budi bahasa tak jual beli; Usah marahkan ulah Yahudi, Kalahakan mereka dengan strategi.
Naga merah berbola api, Bakul penuh bebola besi; Gaza musnah takkan sekali,
Al Quds dibenteng tentera Ilahi.
Aduhai pemuda juga pemudi, Jangan berleka sersenang hati; Dari jauh bantuan diberi, Pohon kemenangan Ilahi Rabbi.
| 92. | Pengantin berseri senyuman ceria,
Memakai subang emas yang tulen;
Lakarkan senyuman kala bersua,
Seteru menjauh silaturahim terjalin.
Belantara luas jalan ke penghujung
Carilah akar tenpat berpaut
Antara rumput ataupun gunung
Aku memilih serumpun rumput
Kumal lumut ditarah-tarah
Tangkai gayung patah hujungnya
Segemal rumput mencelah-celah
Puncak gunung nampak cantiknya
Dahan tualang batang bersilau
Setabung garam berikan puteri
Dari jauh terbentang menghijau
Gunung yang kusam bertukar seri
|
No comments:
Post a Comment